Selasa, 27 Januari 2009

PROLOG

China Di Sebalik Tabir

Jadilah sangat licik agar kamu tidak diperasan.
Jadilah sangat misteri agar kamu tidak dikesan.
Akhirnya kamu dapat menguasai nasib pesaing.


- Sun Tzu, Seni Peperangan

Apabila tahun-tahun 1990an bermula, Negara Barat tergamam dengan persaingan ekonomi Jepun yang membuatkannya mengambil masa untuk menyedari perkara-perkara penting yang berlaku di Negeri China. Apa yang berlaku di Negeri China ialah ledakan pengguna yang hebat dalam sejarah. Para pengarang ‘The Economist’ telah menganggapnya sebagai ‘perkembangan yang signifikan selepas Revolusi Industri’, dan berita ekonomi terbaik sejak kurun kesembilan belas, di dunia yang sangat memerlukan lonjakan sebegitu.

Sementara kita melihat ke arah yang lain, Negeri China telah menjadi gergasi ekonomi dunia di tempat ketiga, selepas Amerika Syarikat dan Jepun. Pada tahun 2010, Bank Dunia meramalkan bahawa Negeri China akan berada di tempat pertama (jika Jepun mempunyai caranya, Amerika Syarikat berada di tempat ketiga). Bagi tahun 1994, kadar pertumbuhan ekonomi Negeri China mencapai 19 peratus, tiga tahun berturut-turut. Yang mengkagumkan ialah wilayah-wilayah China Selatan seperti Kwangtung dan Fukien, iaitu tempat asal usul Orang China Seberang Laut, mengalami pertumbuhan dua kali ganda lebih pantas.

Sementara Negara Barat terumbang ambing dengan masalah inflasi dan kemelesetan, perkembangan dramatik di seluruh Asia menampakkan perubahan global telah berlaku yang mengimbangi kekayaan dan kuasa. Kuasa di atas perubahan-perubahan ini, di Negeri China dan ceruk rantau Pesisir Pasifik, adalah kehebatan dan kekayaan Orang-orang China Seberang Laut, orang yang amat sedikit kita ketahui. Kenyataannya, Orang China Seberang Laut adalah kuasa dunia yang berasingan, iaitu Negeri China Seberang Laut, jika anda mahu. Buku ini adalah suatu usaha untuk memenuhi kekosongan tersebut.

Negeri China Seberang Laut merupakan sebuah empayar yang mempunyai lima puluh lima juta penduduk, bernaung di bawah sistem yang berselirat dengan berbagai pertubuhan, persatuan kebajikan, kongsi dan kongsi gelap yang bekerjasama secara individu atau pakatan untuk mengaturkan perhubungan peribadi dan jaringan kewangan bagi membolehkan Orang China Seberang Laut menjadi kuasa yang berpengaruh.

Ia merupakan sebuah empayar tanpa sempadan, kerajaan nasional atau bendera. Ia adalah samar-samar – sebuah empayar beraneka yang ghaib.

Dalam dekad-dekad mutakhir, lebih daripada seratus buah syarikat korporat konglomerat telah muncul di Asia Tenggara (tidak termasuk Hong Kong dan Taiwan) yang keseluruhannya dimiliki oleh orang-orang China dan beberapa orang daripada mereka adalah jutawan mega (billionaires). Mereka tinggal dan bekerja di Indonesia, Malaysia, Thailand tetapi semuanya berasal dari China Selatan.

Bagi menjaga tradisi, syarikat-syarikat gergasi yang mega ini diwariskan daripada bapa kepada anak. Ianya diurustadbir oleh ketua-ketua sindiket perdagangan rahsia China, sesetengahnya (seperti Hokkien dan Teochiu) telah wujud lebih daripada seribu tahun. Mereka adalah Gergasi-gergasi Pesisir yang mengawal Negara China Seberang Laut.

Orang-orang China didapati lebih berjaya apabila mereka berada di luar Negeri China daripada di dalamnya. Pemerintahan beraja dan komunis yang mempunyai berbagai birokrasi telah menyekat kegiatan ekonomi. Anda hendaklah meninggalkan Negeri China untuk mencapai kejayaan besar.

Lima puluh lima juta penduduk China Seberang Laut hanyalah merupakan 4 peratus daripada penduduk Negeri China. Bagaimanakah 55 juta Orang China Seberang Laut boleh memodenkan Negeri China yang mempunyai 1.2 bilion orang penduduk yang masih lagi mundur?

Jawapannya ialah mereka memiliki kekayaan yang sangat besar. GNP Orang China Seberang Laut yang menetap di Asia ialah USD 450 bilion, satu perempat lebih besar daripada Negeri China. Mereka menguasai semua bidang ekonomi bagi setiap negara Asia di sebelah Pesisir Pasifik, tidak termasuk Jepun, Korea Utara dan Korea Selatan. Jumlah kekayaan terkumpul mereka melebihi korporat-korporat Shogun di Jepun. Per kapita, Taiwan sahaja mempunyai simpanan wang tunai melebihi Jepun. Deposit-deposit bank di Taiwan melebihi USD 330 bilion, dan Taiwan adalah sebuah pulau kecil yang terletak di Pesisir Negeri China.

Orang China Seberang Laut mempunyai wang tunai yang terbesar di dunia. Seorang Ahli Bank di Singapura menganggarkan mereka mempunyai wang tunai lebih daripada USD 2 trilion, tidak termasuk sekuriti – aset yang terpendam di seluruh dunia yang tidak dapat diambilalih oleh mana-mana rejim pemerintah. Jepun dengan bilangan penduduk dua kali ganda daripada Orang China Seberang Laut, hanya mempunyai aset berjumlah USD 3 trilion pada tahun 1990. Sementara perkembangan ekonomi Jepun terjadi dengan kawalan ketat kerajaan, tetapi Orang China Seberang Laut melakukannya secara sembunyi-sembunyi, sebagai pendatang atau penyinggah di negara-negara asing yang penuh cabaran dan dugaan.

Orang China Seberang Laut adalah mewah yang berada dalam kelas menengah dan sedikit kelompok kecil kelas tinggi di peringkat atas. Mereka yang sangat berjaya itu tidak sama dengan para jutawan mega Barat; benar, mereka mempunyai kepakaran dalam bidang perniagaan dan pengurusan, tetapi mereka juga mempunyai kepandaian mendapatkan naungan politik dan monopoli konsesi daripada kerajaan-kerajaan yang sukar. Seperti peristiwa-peristiwa yang telah nyata, kejayaan di Asia boleh dicapai dengan kebolehan khas untuk memberi rasuah dan mendapatkan naungan pemerintah. Ia adalah fakta dan lumrah kehidupan.

Laut-laut Selatan (Nanyang) telah dijelajahi oleh Orang China Seberang Laut bermula lebih daripada dua ribu tahun dahulu. Hari ini, tiada kegiatan ekonomi di rantau ini boleh berfungsi tanpa menyertaan orang-orang China; dalam kebanyakan kes setiap kerajaan boleh lumpuh jika orang-orang China mencabut suis kehidupan tersebut. Orang China berada di semua tempat yang menjana pertumbuhan ekonomi sesebuah negara di Asia Tenggara dan Pesisir Pasifik.

Orang China Seberang Laut bukanlah penyebab kemewahan ekonomi di Asia Tenggara atau di Negeri China, tetapi mereka berada di tempat yang paling unik untuk meraihnya. Ia adalah perubahan mendadak yang memeranjatkan setiap orang. Apabila kuasa-kuasa Barat meninggalkan tanah-tanah jajahan mereka di Timur dan tamatnya Peperangan Dunia Kedua, perpindahan pemilikan dan kekayaan berada di tangan Orang China Seberang Laut.

Peperangan juga menyebabkan terungkainya ikatan duit halal dan duit haram yang mengalir dalam pasaran bagi membeli harta dan aset. Para pemodal dari China Komunis mencari tempat perlindungan baru yang semestinya disandarkan kepada aset Orang China Seberang Laut. Terlampau banyak duit berlebihan yang menyebabkan terbukanya berbagai peluang untuk diceburi. Peluang-peluang beginilah yang dinikmati oleh Orang China Seberang Laut.

Kemudian para pelabur Barat dan Jepun menyedari bahawa mereka memerlukan bantuan Orang China Seberang Laut untuk menembusi pasaran Asia Tenggara. Di setiap negara, orang-orang China mengawal pintu pasaran dengan harga yang ditetapkan.

Apabila Asia menjadi pasaran yang dinamik dalam ekonomi dunia, revolusi teknologi maklumat menyediakan khidmat kewangan tahap pantas. Perubahan-perubahan besar berlaku akibat keruntuhan sekatan regulatori, kejatuhan kos telekomunikasi dan pengangkutan, dan pasaran modal di peringkat domestik dan antarabangsa yang lebih bebas. Sempadan-sempadan di antara pasaran kewangan nasional dimansuhkan. Apabila sekatan-sekatan tersebut dibubarkan, sindiket-sindiket kewangan Orang China Seberang Laut, dengan jaringan-jaringan tradisi yang sudah bersiap sedia, merupakan kelompok pertama yang menjadikan Pesisir Pasifik sebagai ekonomi tanpa sempadan.

Kepesatan pembangunan ekonomi di Negeri China merupakan usaha terakhir para pemimpin rejim Komunis untuk berkuasa dengan cara membuka pintu kepada sistem kapitalisme. Jemputan khas diberikan kepada Orang China Seberang Laut yang pakar dalam bidang kewangan dan pengurusan. Ia tidak merugikan Beijing kerana Selatan China adalah tanah tumpah darah para hartawan Orang China Seberang Laut. Para pemodal China Seberang Laut dari Hong Kong, Taiwan, Singapura, Indonesia, Malaysia, Thailand, Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah membawa modal dan kepakaran mereka untuk menyemarakkan pertumbuhan ekonomi kapitalis di Negeri China Komunis.

Orang China Seberang Laut boleh menjadi kaya kerana mereka bergantung kepada kepandaian dan rajin berusaha. Ia terletak juga kepada sikap suka menabung dan melabur. Ia ditambah lagi dengan sikap persaudaraan yang erat, jaringan kongsi gelap, berpolitik secara pragmatik, berilmu dan berinformasi, dan berkebolehan untuk adaptasi secara pantas – melebihi orang-orang Jepun.

Etika kerja Orang China Seberang Laut terletak kepada dua prinsip: kegilaan untuk mengejar kekayaan oleh individu sangat dihormati oleh masyarakatnya kerana ia dapat memberi manfaat kepada keluarga dan komuniti; dan ia menjadi kewajipan murni untuk mempertahankan kekayaan peribadi daripada dirampas dengan cara mengalihkannya ke seberang laut. Hari ini adalah dianggarkan bahawa 60 peratus daripada kewangan dunia disorokkan di pesisiran. Kebanyakan duit itu dimiliki oleh Orang China Seberang Laut.

Di segi kewangan dan pengurusan, Orang China Seberang Laut menguasai seluruh Pesisir Pasifik, pasaran terbesar dunia dan tenaga pekerja yang murah. Mereka adalah kumpulan pelabur terbesar di Tanah Besar Negeri China dan, jika Negeri China digabung bersama, pengaruh dan kekuatan mereka sangat menakjubkan. Tinjauan jangka panjang menunjukkan Orang China Seberang Laut akan meningkatkan lagi penguasaan mereka di bidang perdagangan ke seluruh dunia – dan jika Negara Barat tidak bersedia dengan kemungkinan tersebut, ia merupakan kejutan terbesar.

Tidak berpuas hati dengan kejayaan yang diraih, Orang China Seberang Laut tetap bersemangat dengan cabaran pembukaan Negeri China. Walaupun kerajaan China pernah bersengketa dengan para pedagangnya selama beribu tahun, cara-cara yang diamalkan oleh Orang China Seberang Laut untuk berniaga dengan rejim ganas di negara-negara asing dapat membantu mereka berurusan baik dengan Beijing. Kerajaan Pusat Negeri China mempunyai sejarah hitam yang kejam melampau. Kekejaman inilah yang melahirkan Orang China Seberang Laut.

Bagaimanakah wujudnya Orang China Seberang Laut dan berkembang luas dengan sangat berkuasa? Ini adalah tujuan penerbitan buku ini.

“Penguasa-penguasa Pesisir” adalah sebahagian analisa ekonomi, sebahagian sejarah Pesisir Pasifik, sebahagian kisah individu-individu ternama dan tuah yang mereka perolehi, hilang dan perolehi semula. Menjangkaui ribuan tahun, ia meliputi kisah-kisah pembunuhan dan khianat, keberanian dan rasuah, kongsi gelap, sindiket, para pembesar istana, para pedagang, raja-raja, jeneral-jeneral, para pengintip dan lanun.

Bahagian Pertama, ‘Asal Usul’, memanjang daripada kurun kesebelas Sebelum Masihi hingga ke kurun ketujuh belas Tahun Masihi, menjelajahi haluan luarbiasa yang melahirkan empayar tersebut.

Bahagian Kedua, ‘Empayar’, menjelajahi pesisir Pasifik, dari Thailand, Indonesia dan Malaysia, ke Singapura, Hong Kong dan Taiwan dan, melalui Amerika Syarikat dan Kanada, balik ke Tanah Besar Negeri China, untuk mengesan dunia baru ini di mana insan-insan kaya dan berkuasa menjadi lebih kaya raya dan lebih berkuasa.

Ini merupakan sejarah dan kisah berwaspada – terhadap strategi yang membuktikan sangat berjaya dalam masa yang panjang bagi orang-orang China sehinggalah ke hari ini. Bagi mewujudkan permulaan ini, kita hendaklah berpandukan kepada Duke Chou yang memulakan persengketaan di antara kerajaan dengan para pedagang, dan menyebabkan tertubuhnya gerakan di selatan.

5 ulasan:

akusayangumno berkata...

Salam,

Tahniah atas penerbitan buku ini. Sebahagian kecil isu ini pernah saya sentuh, iaitu bagaimana kaum Cina mendapatkan modal bagi menguasai ekonomi Malaysia selepas era kemerdekaan, iaitu dengan cara menawarkan kepada kerajaan untuk membiayai sebahagian pembangunan negara melalui wang yang mereka ada tidak kira dari mana hasilnya, kerana ketika itu belum ada akta yang menghalang pengubahan wang haram(money launderette).

Tanpa Nama berkata...

Sekadar ingat mengingatkan. Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
Sumber: JAKIM
View Profile: Rantong

seladang berkata...

Kenapa Pemimpin Melayu tidak seperti pemimpin Cina itu? Pemimpoin Melayu Melayu tidak membela bangsanya. Mereka memjaga kepentingan diri mereka, kroni yang boleh menguntungkan mereka dan boleh meletakkan dan menguatkan kekuasaan mereka untuk mengaut harta rakyat dan negara! Inilah yang diajar oleh pemimpin UMNO kepada generasi peneraju negara! Tidak heran Melayu tercicir serba serbi. Bukan salah siapa! Salah pemimpin UMNO - dulu, kini dan selama-lamanya!

Korek2 berkata...

Dari pembacaan saya:
S: mengapa US beria2 memodenkan askar Jepun? & menghapuskan Samurai?

Kerana: revenge opium war. Projek pertama Jepun 'Zero Fighter' kan China

S2: Mengapa US & alliance memberikan business network kpd Overseas chiese? Padahal mereka bukan bijak.
Kerana: meruntuhkan Kerajaan Komunis. Mcm South & North Korea.

S3: Kenapa dari 2000 to 2008 NatGeo membesar2kan OC?
Kerana: melihat berapa arrogant OC mcm History of Singapore (patutnya topik: singapore survival issue) LKY memperlekeh Jayaretnam (dah mati pun).

S4: Kenapa krisis 2009.
Kerana: misi selesai, ada new direction.

sekadar pendapat

Tanpa Nama berkata...

macam yahudi cina ni