Sabtu, 31 Januari 2009

SAMB. BAB 1: Muka Tebal, Busuk Hati ... Dinasti Chou


Sambungan Dari Bab 1

Walaupun Dinasti Shang mempunyai kesatuan negeri-negeri secara longgar, Dinasti Chou (Dinasti Zhou) pula merupakan rejim pusat yang tegas.

Setiap wakil raja memberikan para menterinya dengan estet, dan setiap menteri secara bergilir-gilir memberikan para pegawai dan komander tentera dengan banglo besar sebagai tempat untuk mengutip cukai daripada para pegawai bawahan sehingga kepada para petani yang bercucuk tanam. Cukai dibayar oleh para petani dalam bentuk kain tenunan sendiri dan bijirin (8 gelen).

Selepas mengambil beberapa peratus, lebihan kain tenunan dan bijirin diserahkan kepada para pegawai atasan, seterusnya kepada raja untuk disimpan di dalam gudang. Lebihan kegunaan raja akan diserahkan kepada kegunaan darurat jika diperlukan. Para pegawai Dinasti Chou menyimpan stok bijirin dengan cermat, jika terdapat kehilangan akan dilaporkan kepada para menteri.

Terdapat sedikit sahaja orang yang suka mencuri, kerana raja-raja dan pembesar Dinasti Chou sangat pantas menjalankan hukuman, dan segala hukuman sangatlah berat.

Lazimnya mereka menghukum bunuh terhadap semua kesalahan, termasuklah kesalahan menjalankan keramaian minuman. Arak hanya dibenarkan dalam upacara keagamaan. ‘Jika terdapat laporan yang menyatakan sekumpulan orang minum arak beramai-ramai,’ titah raja,’….tangkap semua mereka dan hantar mereka ke (ibu negeri) dan beta akan membunuh mereka.’

Kesedaran rakyat China berterusan selama dua ratus tahun. Raja-raja Dinasti Chou menjelaskan segala kekeliruan mengenai apa yang benar dan apa yang salah dan apa kesalahan orang yang dibunuh yang didapati melanggar perintah raja.

‘Kesalahan kecil hendaklah dihukum seberat-beratnya,’ titah mereka, ‘kemudian, jika kesalahan kecil dapat dihalang, kesalahan besar tidak akan berlaku.’ Arahan ini sampai kepada orang ramai dalam masa yang singkat sahaja.

‘Sesiapa yang engkar arahan ketua … terutamanya para pentadbir dan pegawai bawahan … apabila mereka menyeleweng dan memperkenalkan perkara baru … dengan pantas mereka dihukum bunuh.’

Anak-anak yang tidak hormat, para bapa yang tidak menjalankan tanggungjawab keluarga, semuanya dihukum bunuh sama seperti para perompak dan penderhaka. Lain-lain hukuman ringan termasuklah mencacatkan muka, memotong hidung, kaki ataupun alat kelamin. Kaum wanita pula tidaklah terkecuali, terutamanya ‘wanita bermulut celupar’.

Undang-undang dan hukuman Dinasti Chou sangat berkesan. Gunakan batu untuk memecah telur. Apabila undang-undang kecil dilaksanakan secara berkesan,’ manusia akan mengelak daripada melakukan kesalahan … dan menjadi aman dan damai.’

Ia berkesan. Selepas beberapa dekad melaksanakan hukuman bunuh, orang ramai pun memahaminya dan seluruh Negeri China berada di dalam keadaan aman dan damai. Zaman keemasan kembali semula.

Bukan semua orang suka hidup di dalam pemerintahan rejim yang tegas. Beberapa pelarian melarikan diri ke Manchuria dan Korea, dan dari situ beberapa orang melintasi selat pergi ke Jepun.

Beberapa orang pula melarikan diri ke utara masuk ke kawasan padang rumput atau ke barat masuk ke padang pasir, di mana mereka diselamatkan oleh orang-orang nomad, dan ke selatan menyeberangi Sungai Yangtze masuk ke kawasan kaum-kaum asli bukit dan kaum-kaum asli pantai yang berasal daripada keturunan Tai/Shan. Dengan itu penghijrahan beramai-ramai pun bermula.

Ketakutan adalah punca utamanya. Kepastian mutlak adalah caranya. Selepas kematian dua orang raja Dinasti Chou – Raja Wu dan Raja Wen – salah seorang lelaki yang sangat disanjungi dalam sejarah China, Duke Chou, mengambil alih pemerintahan.

Apabila para penentangnya memberontak, Duke Chou dan bala tenteranya telah berjaya mengalahkan mereka dan memusnahkan lima puluh buah negeri pemberontak. Mana-mana anggota keluarga mereka yang terselamat dipindahkan ke bandar baru yang agar mereka boleh diawasi setiap masa. Duke Chou tidak menolak sebarang peluang.

Beliau juga menjalankan hukuman yang adil dan saksama. Beliau dianggap sebagai pendita atau orang bijaksana bukan kerana cara-cara beliau mentadbir tetapi keputusan yang didapati daripadanya.

Salah satu daripada keputusannya ialah pemerintahan Dinasti Chou bertahan selama seribu tahun, sehingga ke tahun 256 Sebelum Masihi, lebih lama daripada mana-mana dinasti di Mesir atau Eropah. Banyak daripada ciri-ciri dan sistem pemerintahan Dinasti Chou berterusan di Negeri China untuk dua ribu tahun selepas itu.


Ini menunjukkan bahawa Dinasti Chou memang betul dalam sistem pemerintahan. Confucius dan lain-lain menganggap raja-raja Dinasti Chou yang terawal adalah pakar disiplin dan logik, dan mahu mencontohi mereka. Apabila Confucius dilantik menjadi ketua hakim dan perdana menteri di salah sebuah negeri beraja, tugas pertama beliau adalah menjalankan hukuman bunuh yang menyebabkan setiap orang memberikan tumpuan secara pantas.

Selepas melihat hukuman berat yang dijalankan oleh raja-raja Dinasti Chou, setiap orang di Negeri China purba – petani, tukang, pedagang, askar dan bangsawan – mengamalkan sopan santun dan taat setia.

Taat setia mutlak diamalkan sepenuhnya oleh setiap warganegara. Ideanya ialah untuk dilihat apabila anda taat setia, dan tidak dapat dilihat pada masa yang lain. Ia kadang-kadang dipanggil ‘menjaga muka tebal’.

Lebih jauh anda menjalani perintah ini, lebih banyak anda sujud. Raja hanyalah sujud kepada roh nenek moyangnya sahaja. Para cendekiawan menyatakan taat setia mereka dengan cara yang bijak, mengungkapkan kata-kata bermadah yang pernah diucapkan oleh raja-raja, orang-orang bijaksana atau para keturunan ternama pada masa dahulu, seperti paderi gereja menyatakan teks Injil.

Tabiat sosial menjadi seragam. Bidalan adalah segalanya. Penyataan luaran taat setia adalah suatu muslihat – muslihat untuk hidup – yang menjadi tabiat kebangsaan di Negeri China. Ianya berterusan sehinggalah ke hari ini.

Dinasti Chou mampu mengawal kawasan pemerintahan yang besar kerana jaringan keluarga sendiri. Setiap orang mempunyai hubungan keluarga dengan pemerintah, atau bersangkut dengan perkahwinan, dijalin sebagai jaringan kuasa berkembang sehingga ke negeri-negeri yang kecil.

Kerajaan merupakan milik keluarga. Keselamatan berada di tangan adik beradik raja. Hanya keturunan Chou (dan sedikit daripada keturunan raja-raja Shang), dianggap sebagai orang China tulen. Orang-orang lain pula adalah hamba, binatang ternakan.

Oleh kerana mustahaknya ikatan kekeluargaan itu, ianya dapat dikesan sehingga ke keturunan bau-bau bacang, untuk menegakkan sistem kekananan (ketuaan) di atas lain-lain keluarga.

Raja-raja adalah unik oleh kerana keturunan mereka adalah raja-raja terdahulu yang sekarang menjadi dewa di langit. Raja-raja Chou terdahulu yang gagah perkasa mempercayai perkara ini, dan mereka berjaya menjadi pemerintah.

Raja-raja lemah yang datang kemudian mengharapkan pertolongan roh nenek moyang dengan cara membakar kemiyan sambil memenuhkan masa dengan upacara sembahyang dan menyerahkan pentadbiran negara kepada para menteri.

Tulang-tulang simati digunakan untuk berkomunikasi dengan simati, untuk mendapat nasihat secara wahyu. Tulang-tulang yang khas dipilih untuk diukir beberapa soalan mudah dan dibakar; jawapan ya atau tidak boleh ditentukan dengan melihat arah gores-gores halus yang dihasilkan selepas dibakar.

Sesetengah tulang mempunyai ciri-ciri ya atau tidak yang lebih baik, dan ia digunakan berulang-ulang. Melalui cara ini, para tukang tilik yang pakar boleh memutarbelitkan keputusan, untuk menggalak ataupun tidak menggalakkan mana-mana keputusan raja.

Golongan bangsawan pun mempercayai bahawa mereka dianugerahkan oleh nenek moyang dengan kuasa-kuasa sakti. Untuk menguatkan hujah ini, sesetengahnya mereka salasilah keturunan yang bermula ribuan tahun dahulu daripada tuhan tanaman millet, Ti. Satu keluarga menukar nama kepada T’ien, bermakna langit. Apa yang difahami oleh nenek moyang tidak tercatit di mana-mana tulang simati yang ditemui sehingga kini.

Apabila dinyatakan bahawa Dinasti Chou memerintah selama seribu tahun, ia adalah benar secara literal, kerana selepas empat daripada sepuluh kurun, pemerintahan yang ketat itu pun menjadi tempang. Selepas itu mereka hanyalah sebagai ketua negara yang berdasarkan kepada kedudukan suci untuk bertakhta. Untuk beberapa abad, tiada sesiapa pun yang berani mencabar kedudukan raja-raja Dinasti Chou.

Bersambung ... Kejatuhan Dinasti Chou

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

itulah melayu terlalu lebih kurang.

cara untuk kerjakan cian sepatutnya ikut cara diniasti chou.

ini melayu berbalah dan yahudi mata sepit ni kuasai melayu.